Surat Perjanjian Sewa Rumah

Laman Utama
Buat Pesanan

putra-apartment.jpg

Jangan Menyewakan Rumah Anda Kepada Sesiapa Tanpa Dokumen Perjanjian Sewa Rumah!


Surat perjanjian sewa rumah yang lengkap dan jelas boleh menyelamatkan beratus bahkan beribu ringgit wang anda di kemudian hari. Jadi tuan rumah bijak dengan menyediakan surat perjanjian sewa rumah yang berkesan dan jangan jadi tuan rumah amatur yang tidak lelap tidur setiap kali ingin mengutip sewa setiap bulan dan menanggung beban setiap kali penyewa keluar.

Laman web ini bertujuan untuk membantu anda mendapatkan surat perjanjian sewa rumah yang efektif yang boleh menjamin masa depan anda sebagai tuan rumah. Bagi sebahagian besar tuan rumah, masalah dengan penyewa bukanlah sesuatu yang asing. Sebahagian besar tuan rumah terpaksa menanggung masalah akibat penyewa yang tidak bertimbang rasa yang menganggap seolah-olah tuan rumah memperolehi rumah itu secara percuma.

Menjadi tuan rumah tidak semudah menyerahkan kunci rumah anda kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Anda mungkin tergolong dalam 1/100 tuan rumah yang bernasib baik jika mendapat penyewa budiman, tetapi sebahagian besarnya tidak demikian. Walaupun sebahagian besar penyewa rumah adalah manusia baik, namun seringkali sebahagiannya menjadi manusia tidak bertimbang rasa dalam hal membayar sewa dan menjaga harta benda tuan rumah dan kita tidak tahu mengapa berlaku demikian.

Pengalaman saya sebagai tuan rumah adalah "mimpi ngeri" yang tidak boleh dilupakan. Saya ditipu di peringkat awal! Penyewa ini mengatakan bekerja dengan sebuah syarikat ternama di Damansara dengan menunjukkan kad niaga dan saya terima tanpa usul periksa. Walaupun dia nampaknya macam terdesak, tetapi saya buat tidak kisah kerana pada masa itu saya tiada pengalaman. Hakikatnya saya telah menyewakan rumah pertama saya kepada kepada sebuah keluarga yang mana ketua keluarganya baru dibuang kerja, kaki pembelit dan telah beberapa kali diusir di tempat lain kerana tidak membayar sewa! Anda tentunya boleh menjangkakan apa seterusnya yang berlaku selepas itu dan tidak perlu saya ceritakan.

Ringkasnya rumah saya ibaratnya seperti rumah kebajikan! Itupun bagus juga. Lebih teruk dari itu saya memberi tempat berteduh kepada seseorang penipu yang tidak mengenang budi, yang mencerca dan mengeji saya dan isteri saya dari belakang kepada jiran-jiran. Ini terjadi kerana saya terpengaruh dengan imej bersih, warak dan bersopan yang dia tonjolkan lantas menyewakan rumah saya tanpa sebarang dokumen perjanjian. Itu adalah cerita dulu, sekarang tiada lagi kerana sekarang saya ialah tuan rumah profesional.

Semoga cerita di atas menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua. Bersiaplah dengan senjata anda dan penepis anda iaitu dokumen - surat perjanjian, bukan perjanjian mulut kerana anda mungkin menjadi mangsa seperti saya yang menjadi tuan rumah baru (saya namakan ini sebagai tuan rumah percubaan) yang tidak ada pengalaman dan seterusnya dibaham oleh penyewa pembelit.

Dari pengalaman tersebut saya telah belajar bagaimana untuk menjadi tuan rumah profesional. Semuanya mesti dalam bentuk bertulis. Dari permohonan untuk menyewa rumah, surat perjanjian penyewaan, senarai semak kelengkapan, hinggalah kepada notis untuk keluar rumah untuk dan anda tidak boleh terlepas satu pun dari keperluan ini untuk menjaga kepentingan anda sebagai tuan rumah dari diperlekehkan oleh penyewa yang tidak bertanggung jawab pada masa depan. Semuanya perlu didokumenkan, tidak ada janji mulut. Kita perlu jadi tuan rumah profesional!

Selain daripada surat perjanjian sewa rumah, anda akan memperolehi dokumen-dokumen serta borang-borang berikut:

1. Borang Laporan Kerosakan
2. Borang Permohonan Sewa
3. Nombor-nombor Telefon Penting
4. Notis Berpindah Keluar
5. Pengesan Aliran Tunai Hartanah
6. Senarai Inventori
7. Senarai Semak Hartanah
8. Senarai Pindah Masuk
9. Surat Selamat Menyewa

Jika anda ingin menjadi tuan rumah profesional, serta ingin mengelakkan masalah yang tidak diingini di kemudian hari, yang menjadi igauan ngeri kebanyakan tuan rumah amatur yang tiada berpengalaman, semua dokumen yang saya sebutkan di atas adalah perlu digunakan di samping surat perjanjian sewa rumah itu sendiri. Kesemua dokumen ini termasuk surat perjanjian sewa rumah (10 dokumen kesemuanya) dapat anda perolehi dengan hanya RM35.00. Anda akan dapat menyiapkan surat perjanjian sewa rumah anda dan segala dokumen yang berkaitan hanya dalam masa 10 minit selepas anda menerima dokumen-dokumen tersebut daripada saya.

Saya tidak berhasrat mencari keuntungan dengan menjual surat perjanjian. RM35.00 adalah sebagai bayaran kepada usaha saya menyediakan laman web ini dan dokumen perjanjian. Ini bukanlah jumlah yang besar jika dibandingkan dengan kelebihan yang bakal anda perolehi dan rasa sakit kepala yang dapat anda elakkan jika penyewa anda membuat hal di kemudian hari nanti.

Anda tidak perlu menaip semula keseluruhan perjanjian atau mengupah orang untuk menaip kerana dokumen disediakan dalam MS Words - cuma masukkan sahaja maklumat yang berkaitan. Jumlah ini juga kecil jika dibandingkan dengan berurusan dengan pejabat peguam - mungkin RM250.00 ataupun mungkin RM500.00 untuk buka fail sahaja. Namun sekiranya anda inginkan cara yang lebih susah serta lebih mahal, ianya terserah kepada anda.

Surat perjanjian ini, bukanlah seperti surat perjanjian biasa yang biasa kita lihat, yang perolehi daripada pemaju dan sebagainya. Ini adalah surat perjanjian yang digunakan oleh jutawan-jutawan hartanah. Ini adalah rahsia bagaimana mereka menyewakan harta mereka dan dalam masa yang sama memastikan penyewa membayar sewa tepat pada masanya.


Untuk melihat contoh perjanjian sila muat turun contoh yang dipetik dari muka surat 4 perjanjian. Klik di sini untuk muat turun.

sewarumahdoc.gif
Dokumen di dalam MS Words. Cuma perlu edit maklumat dan cetak. Harga hanya RM35.00 SAHAJA.

Klik Di Sini Untuk Membuat Pesanan

Jika anda tidak menerima produk selepas 48 jam sila SMS ke: 016-2024876